Shout Mix

Pages

Tuesday, 15 November 2011

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad




JURUTEKNIK IT

Kelayakan
·Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup
·Memiliki Sijil Teknologi Maklumat dalam bidang rangkaian / elektronik dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
·Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan
·Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
·Mempunyai pengetahuan dalam sistem rangkaian komputer serta peralatannya termasuk ‘wireless network’
·Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan sistem CCTV dan peralatannya
·Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah
·Sedia bertugas di luar markas dan melebihi masa kerja termasuk hari cuti umum.
·Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 25 November 2011 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 K.Lumpur.

Tarikh Tutup: 25 November 2011



0 comments:

Post a Comment