Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16
September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang
bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di
negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan
pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum
persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.
Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan
institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada
20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan
dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007
merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk
Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai
perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah
berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin
Tun Hussein Onn.
Koperasi Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor
Berhad mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan:
1. Pengurus Koperasi
Tarikh Tutup: 31 Januari 2012
0 comments:
Post a Comment