JAWATAN KOSONG DI AGENSI ANGKASA MALAYSIA
a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17)
b) Jabatan : Observatori Negara Langkawi, Empangan Bukit
Malut, 07000 Langkawi, Kedah
c) Kump. Perkhidmatan : Sokongan
d) Klasifikasi : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
e) Ketua Perkhidmatan : Agensi Angkasa Negara
Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi
f) Taraf Jawatan : Sementara (tempoh kontrak: 3 bulan)
CARA MEMOHON
a) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my dan laman sesawang Observatori Negara Langkawi
http://www2.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/
b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.
c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.
d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:
Observatori Negara Langkawi
Empangan Bukit Malut
07000 Pulau Langkawi
Kedah
(u/p: Puan Farahana Kamarudin)
e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Mei 2013 (Khamis).
f) Permohonan yang tidak lengkap dan teratur akan DITOLAK.
g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.